URGENT!! RAYUAN WAKAF & INFAK PEMBANGUNAN TAHFIZ DARUL RAHMAN FASA TERAKHIR

Bantulah kami sempurnakan kerja-kerja menyiapkan BANGUNAN PENGAJIAN TAHFIZ DARUL RAHMAN (TDR) Fasa TERAKHIR.... AGAR DAPAT PELAJAR KAMI BELAJAR DENGAN BAIK & SEMPURNA BERMULA JANUARI 2020

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita semua merafakkan setinggi-tingginya rasa syukur kita ke hadrat Allah SWT. Kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita semua meneruskan kehidupan dengan nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah, minggu ini kerja-kerja diteruskan lagi dengan kerja-kerja membina Rumah Pam Air di tepi bangunan Tahfiz Darul Rahman, dimana rumah pam ini akan menempatkan sistem paip air yang akan menyalurkan air ke seluruh bangunan TDR ini nanti.

Alhamdulillah, minggu ini juga berjalan kerja-kerja elektrikal pemasangan lampu untuk bangunan tingkat bawah. Kami telah bermesyuarat dengan bahagian wiring pada minggu lepas dan memerlukan dana RM9580.00 untuk kos pemasangan lampu kalimantan LED, Downlight LED dan Kipas bagi bahagian bawah bangunan sahaja termasuk dapur serta tandas. Bagi sahabat-sahabat yang berminat untuk mewakafkan kipas & lampu mohon hubungi saya.

Kami perlukan 10000 orang yang budiman yang sudi mewakafkan RM39.10 seorang bagi mencukupkan dana yang berbaki RM391000 (RM391K) lagi untuk menampung perbelanjaan untuk siap sepenuhnya dan boleh digunakan oleh pelajar kami pada Januari 2020 akan datang.

Sahabat-sahabat yang ingin hulurkan sumbangan, sedekah, infak boleh klik butang di bawah ini sekarang

CARA MEMBUAT SUMBANGAN

  1. Pilih jumlah yang sumbangan yang telah ditetapkan (RM39.10/RM50/RM100/RM500)
  2. Atau boleh menyumbang mengikut kemampuan dengan cara klik butang JUMLAH LAIN dan masukkan amaun.
  3. Masukkan Nama dan Emel untuk rekod kami dan kemudian klik butang SUMBANG SEKARANG! 
  4. Penderma boleh memilih mana-mana bank tempatan untuk membuat sumbangan sehingga selesai (resit akan dihantar ke emel penderma sekiranya transaksi berjaya)

RAYUAN WAKAF & INFAK PEMBANGUNAN TAHFIZ DARUL RAHMAN FASA TERAKHIR

RM8,229 of RM391,000 raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM39.10

Insya-Allah mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan urusan pembinaan Tahfiz Darul Rahman sehabis-habis mudah dan mempermudahkan juga urusan kalian yang budiman yang sudi mewakafkan, menderma, memviralkan, membantu dan mendoakan TDR. Allahumma Amin..

Al-Fakir Kasyidi Al-Baghdadi
Timbalan Pengerusi / Mudir
Tahfiz Darul Rahman
019-904 2888

© 2019 Tahfiz Darul Rahman. All Rights Reserved | Dibina oleh VirtualNiaga.com